Sunday, March 7, 2010

ALHAMDULLILAH KAMI SELAMAT

Setelah aku selesai menunaikan solat, jam 8 malam kami memulakan perjalanan balik Kuantan.Disebabkan Cuaca yang panas pada siang hari kami memilih untuk bergerak malam. Dalam kereta ginie dan Sarah berbual, aku dibelakang diam je, mendengar. Ginie : 'Sedap le jalan malam ye Sarah,". Sarah:'Aaa..malam sejuk sikit'. Dalam hati aku, minta2 jgn le apa2 berlaku,jalan malam ni. dah le semua perempuan, nak lalu LPT pulak tu lalu aku mencelah ' Pukul berapa sampai Kuantan?', Dalam pukul 11.30 atau 12 malam agaknye, tapi kalau laju awal sikit sampai, jawab Sarah.

Sambil berbual, budak2 tu layan HotFM siaran secara langsung, lepas lagu Faizal, lagu alya, black, mawi dan lain-lain. Kami melepasi Karak dalam pukul 10 malam, jalan gelap dan berkabus. Dalam hati Aku baca al fatihah dan ayat kursi. Jam 10.30 malam kami terlanggar sesuatu ' Eh..apa tu, kataku. ' Ada benda warna kelabu tengah jalan, kata ginie. "Lubang ke?,'Bukan lubang, macam kayu atau besi je,.Tapi aku tak nampak, ginie je yg nampak...seram. Lebihkurang 1km sarah memotong lori kecil dengan kelajuan 120kmj.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi tayar macam pecah, " Ke tepi...ke tepi, aku suruh sarah berhenti, Sarah memberhentikan kereta tepi Highway..dari lane laju terus je ketepi, mujur kereta tak banyak dan lori kecil tu tak laju kalau tidak tak tahu lah apa jadi, nauzubillah. Cekap juga Sarah memandu. ' Ahh...kena tukar tayar ni, tayar dah pecah teruk, sarah buka bonet ambil pemantul cahaya 3 segi letak kat jalan, Sebuah Trellar melepasi kami, berangin dan rasa begitu hampir sangat dengan kereta kami yang rosak tu..., Tak yah lah adik...tak yah tukar. Sarah cari spana, membongkok buka tayar,keadaan yang gelap, tanpa lampu suluh. " Eh..adik jangan lah ganti tayar..talipon je sape2 atau panggil Plus ronda.kata ku. Aku rasa keadaan kami disitu amat merbahaya, kemungkinan lori atau kereta yang laju tak akan nampak kerana keadaan begitu gelap. " Kata sarah, Ala..kalau tunggu peronda tu kul berapa sampai agknye"..dia berkeras nak tukar tayar. Ginie ubah pemantul cahaya ketengah jalan sikit supaya kereta atau lori nampak kereta kami, selepas tu kereta dan lori yang lalu baru mengelakkan kereta kami dari jauh, berkesan juga tindakan tu . Aku talipon pejabat LPT...mujur Sarah simpan nombor talipon LPT. Setelah 10 minit, sampai peronda LPT, alhamdullilah mereka tolong ganti tayar.

Kami meneruskan perjalanan dan berhenti Temerloh untuk makan. Selepas tu dalam perjalanan lebihkurang 5 km dari Temerloh terdapat kemalangan ngeri 3 buah kereta, sebuah terbakar dan terbalik. Mengikut berita yang aku dengar, kereta tersebut terlanggar sebuah kereta yang rosak ditepi jalan. Shukur Alhamdullilah kami selamat.

1 comment:

  1. alhamdulillah.. xde pape.. sume slmat.. pasni xyah jalan mlm² lg..

    ReplyDelete