
Wanita mengisi separuh daripada populasi dunia, Di Malaysia setengah warga kampus adalah wanita, beratus ribu sedang menggangur dan hampir 80% adalah wanita. Setengahnya mempunyai ijazah dan yang berkahwin, ada yang berijazah tetapi terperap begitu saja kerana menjadi dapur officer.
Masa begitu cepat, wanita pada umur 20an mengejar segulung ijazah, diploma , sijil dan yang bekerja. Pada usia 30an seorang wanita kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak, pada usia 40an kedudukan wanita seharusnya stabil dan matang untuk menghadapi hidup. Pada usia 50an wanita akan lebih tenang dan sabar dalam hidup, pada usia 60an wanita akan menghargai pengorbanan orang lain dan mengharapkan kasih sayang anak cucu.