11 Ramadan 1430H, sudah sebelas hari kita berpuasa. Terkenang arwah ibu, hanya Fatihah yang dapat disedekahkan, waktu bersama nya telah berlalu yang tinggal hanya kenangan. Sekarang aku dengan keluarga sendiri. Hari Raya tahun ni aku balik kerumah ibubapa suami, tidak lagi aku menyusuri lebuhraya utara untuk pulang ke kampongku, tidak ada lagi giliran balik kampong. Aku rasa kehilangan sesuatu, sesekali aku rasa mengapa kita kurang menghargai mereka semasa ada, bila dah tak ada kita akan rasa kehilangan sesuatu. Mungkin kita juga tidak sempat menunjukkan kasih sayang kita kepada ibubapa disebabkan kesibukan bekerja mencari rezeki. Kita tidak tahu yang ibubapa kita sunyi tanpa anak-anak disisi, setelah mereka mendewasakan kita dengan susah payah. Aku terjumpa dairi lama ku, sesuatu yang aku tulis pada Dec 2004, untuk dikongsikan kepada yang masih mempunyai ibubapa.
IBU
Ibu, hari aku menemui mu
Telah ku perhati gerak langkah mu,
Telah ku perhati raut wajah mu,
Telah ku perhati gerak tubuh mu,
Bertapa terharu aku,
setahun berlalu tidak bertemu,
gerak langkah mu tidak seperti dulu,
Satu,satu perlu dibantu,
Raut wajahmu sedih dan sayu,
Tubuh mu lemah dan lesu,
Anak-anakmu, masih banyak jalan nak dituju,
Mencari kekayaan, harta tak menentu,
Lupa pada hari-hari tua yang sudah tentu,
Bekejar kesana sini mencari yang perlu,
Ibu, kamu disana tetap menunggu
Kerana esok bagimu belum tentu,
Kepulangan anakmu belum puas melepas rindu,
Hati mu hanya tuhan yang tahu.
Kals
No comments:
Post a Comment