Wednesday, March 3, 2010

Monday, February 22, 2010

WANITA, SIAPA KITA PADA UMUR 20an, 30an,40an,50an dan 60an


Wanita mengisi separuh daripada populasi dunia, Di Malaysia setengah warga kampus adalah wanita, beratus ribu sedang menggangur dan hampir 80% adalah wanita. Setengahnya mempunyai ijazah dan yang berkahwin, ada yang berijazah tetapi terperap begitu saja kerana menjadi dapur officer.

Masa begitu cepat, wanita pada umur 20an mengejar segulung ijazah, diploma , sijil dan yang bekerja. Pada usia 30an seorang wanita kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak, pada usia 40an kedudukan wanita seharusnya stabil dan matang untuk menghadapi hidup. Pada usia 50an wanita akan lebih tenang dan sabar dalam hidup, pada usia 60an wanita akan menghargai pengorbanan orang lain dan mengharapkan kasih sayang anak cucu.

Wednesday, February 10, 2010

ULAR LIDI NAK JADI NAGA

Salam, dah lama tak updated blog....hari ni aku bukan nak gosip atau ngumpat tetapi tak suka dengan perangai setengah manusia yang mengada-gada, kalau bahasa simbolik ULAR LIDI NAK JADI NAGA. Kalau di pejabat ku manusia seperti ni ada....baru naik pangkat jadi bos kecik dah berlagak. Aku berhak untuk menilai dan memilih kawan. Naluriku mengatakan dia tak boleh menjadi sahabat aku....dari mula lagi dia hanya teman tapi tak mesra. Orang lain tak boleh mempertikaikan mengapa aku kurang baik dengan manusia macam ni, itu adalah hak aku.

Hadis & Falsafah
TIDAK SEMUA ORANG BOLEH DIJADIKAN SAHABAT

Pesanan al-Qamah kepada anaknya,

ANAKKU, JIKA KAMU BERASA PERLU UNTUK BERSAHABAT DENGAN SESAORANG, MAKA PILIHLAH YANG MEMPUNYAI SIFAT INI.

1) Jika engkau melayaninya, ia suka melindungi mu
2) Jika engkau menjadi sahabatnya dia akan menjadi hiasan bagi dirimu.
3)Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,dia akan mencukupkan
keperluanmu.

Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasabaik atau bantuan, lalu dia menerima dengan rasa terharu, jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggap sangat berguna, jika dia mengentahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.

Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi, jika engkau diam dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringan dan menghiburkan.

Pilihlah sahabat, jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu, jika engkau mengusahakan persoalan yang berat, dia suka menemanimu, sementara jika engkau berselisih faham denganmu, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.




Tuesday, November 24, 2009

fesyen muslimah


ARTIZARA COLLECTION




Monday, November 23, 2009




RUMAHKU SURGAKU


Sudut yang telah di english kan

Thursday, November 19, 2009

english.. .. lagi


Pinjam kejap gambar ni, nanti bila hiasan rumahku siap akan ku upload